Malaysia - Malay

Sejak memasuki pasaran penyaman udara Malaysia, AUX pantas menjadi tumpuan ramai kerana inovasinya yang berasaskan teknologi, kos berpatutan dan mementingkan kesihatan. Dilancarkan pada tahun 2024, AUX telah meraih pelbagai pencapaian penting dan dikenali kerana operasinya yang senyap, penjimatan tenaga, serta inovasi mesra pengguna.

Sempena pameran Engineer & MARVEX 2025 di KLCC, momentum AUX berjaya ditonjolkan dengan rangkaian penyejukan kediamannya yang semakin meluas, komersial dan berskala besar. Kedudukannya sebagai jenama yang pintar, diyakini dan mudah diakses telah memenuhi keperluan isi rumah Malaysia dengan ciri-ciri utamanya iaitu kecekapan tenaga yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik dan penyediaan udara yang lebih sihat—menjadi pilihan utama bagi ramai pengguna.
Pameran itu turut memperkenalkan kepada orang ramai siri terbarunya, yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun 2026.
Siri penyaman udara dengan kawalan suara, keluaran produk terbaharu oleh AUX memperkenalkan ciri kawalan suara pintar dengan sokongan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, sekali gus menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih mesra tempatan.
Siri ini memberi solusi terhadap kerumitan mencari alat kawalan jauh dengan arahan kawalan suara ringkas seperti "Hello Lisa" untuk menghidupkan penyaman udara dan diikuti dengan arahan untuk melaraskan penyaman udara dalam masa nyata. Unit akan berkata ‘Jumpa nanti’ bila mod kawalan suara ditutup.
“Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan kita, jadi adalah wajar untuk kita utamakannya. Bahasa Inggeris pula digunakan secara meluas dan merupakan bahasa antarabangsa, menjadikannya lebih mudah untuk mencapai khalayak yang lebih luas. Pendekatan dwibahasa ini mencerminkan komitmen AUX terhadap kebolehcapaian dan keterangkuman di Malaysia,” kata David Ma, CEO AUX Cloud Commerce (Malaysia) Sdn Bhd.
Bagi rakyat Malaysia, bil elektrik sering menjadi perhatian. Siri ini hadir dengan teknologi AI ECO Saving yang bijak mempelajari corak penggunaan harian, mengesan perubahan persekitaran dan mengoptimumkan penyejukan supaya kekal selesa tanpa pembaziran tenaga.
Menurut David, cip AI dalam siri ini menyesuaikan corak penyejukan mengikut gaya hidup pengguna. Ia mengaktifkan pendingin pada waktu diperlukan dan mengurangkan penggunaan ketika tidak aktif. Apabila digabungkan dengan teknologi inverter, hasilnya adalah penjimatan tenaga yang jauh lebih efisien.
AUX bukan sekadar memastikan kediaman kekal sejuk, tetapi juga menjaga kualiti udara di kediaman. Siri ini dilengkapi pensterilan UVC yang mampu mengurangkan bakteria, memberikan persekitaran lebih bersih serta udara yang selamat dinikmati oleh seisi keluarga.
Di samping pengaktifan suara, sambungan WiFi turut ditawarkan — memberikan pengguna kawalan jarak jauh melalui telefon pintar mereka. Sama ada untuk menyejukkan bilik sebelum pulang dari kerja atau melaraskan tetapan dari mana-mana sahaja, keselesaan sentiasa di hujung jari pengguna.
Dengan ciri-ciri ini, AUX membawa kebolehcapaian dan gaya hidup tanpa perlu sentuhan, menggabungkan teknologi dengan kemudahan dan keselesaan.

Berbeza dari pendekatan satu saiz untuk semua, AUX memastikan strateginya mengikut pasaran tempatan. "Kami menumpukan kepada pemahaman tingkah laku pengguna dalam setiap pasaran. Matlamat kami adalah untuk menyediakan produk yang berpatutan namun berkualiti tinggi dan tahan lama yang disesuaikan dengan keperluan tempatan. Penyaman udara tidak seharusnya menjadi kemewahan—ia seharusnya menjadi keselesaan harian," kongsi David.
Bagi memperkukuh kedudukannya di pasaran tempatan, AUX merancang siri penambahbaikan baharu dalam barisan produknya. Antara fokus utama ialah memastikan setiap model memenuhi penarafan kecekapan tenaga yang ditetapkan kerajaan, sekali gus membantu pengguna menikmati penjimatan elektrik yang lebih mampan.
AUX juga sedang meneroka floor-standing air conditioners — pilihan fleksibel untuk ruang yang kurang sesuai dengan unit dinding, memberi lebih banyak pilihan tanpa menjejaskan prestasi.
Dengan langkah inovasi ini, AUX terus melangkah ke hadapan untuk menghadirkan pengalaman penyejukan yang pintar, sihat, dan selesa kepada rakyat Malaysia.
Ketahui bagaimana AUX boleh menjadikan kediaman anda lebih selesa di SINI . Ikuti laman sosial media mereka di Facebook , Instagram , TikTok dan platform e-dagang Shopee dan Lazada .




Set Cookie