AUX dan Panasonic Menandatangani Perjanjian untuk Bekerjasama

08 Nov 2023

Pada 2 November lalu, AUX Air Conditioner Co., Ltd. ("AUX") dan Panasonic Wanbao Appliances Compressor (Guangzhou) Co., Ltd. ("Panasonic") menandatangani suatu perjanjian kerjasama di ibu pejabat Kumpulan AUX.

Hideji Nakamura, Pengurus Besar Panasonic Wanbao Appliances Compressor (Guangzhou) Co., Ltd. dan Xin Ning, Ketua Pegawai Eksekutif AUX Appliance Group, menandatangani perjanjian kerjasama strategik ini sebagai wakil bagi kedua-dua pihak. Masaji Miura, Presiden Panasonic New Air Conditioner Co., Ltd., Hirohiko Nishi, Pengarah Unit Perniagaan Bahagian Penghawa Dingin Panasonic New Air Conditioner Co., Ltd., Yoji Tanaka, Pengarah Jabatan Perniagaan dan Jabatan Perancangan Perniagaan Bahagian Penghawa Dingin Unit Perniagaan Panasonic New Air Conditioner Co., Ltd., Zheng Jianjiang, Pengerusi AUX Group, Jack Zheng, Naib Presiden AUX Group, dan Gu Tangtang, Naib Presiden AUX Appliance Group, menghadiri majlis tandatangan tersebut.

-Majlis tandatangan-

Kerjasama ini adalah tertumpu pada industri pengeluaran pemampat penyaman udara, dengan pelaburan awal melebihi CNY2.2 bilion. Kerjasama ini menandakan suatu permulaan penting bagi AUX dalam usahanya untuk mewujudkan suatu rantaian perindustrian bersepadu.

Selepas projek ini disempurnakan dan dilaksanakan, AUX akan mengembangkan lagi jangkauan perniagaannya, meningkatkan kelebihan daya saing teknologi dan kualitatif penyaman udara AUX, mewujudkan manfaat bersinergi dalam reka bentuk mesin serta pembinaan alat ganti, yang akan memendekkan kitaran penyelidikan dan pembangunan dengan berkesan, sekaligus memenuhi permintaan baharu pengguna hiliran untuk penyaman udara kediaman dari segi keselesaan, kesihatan, penjimatan tenaga, kecerdasan, dan sebagainya, termasuklah pengukuhan daya saing pasaran.

Kedua-dua pihak akan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan masing-masing. Panasonic akan menyokong projek ini dengan menyediakan teknologi pemampatan terkini. AUX akan bekerjasama dengan Panasonic dan menetapkan penanda aras baharu untuk kerjasama dua-hala antara huluan dan hiliran dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihannya dalam perkara-perkara praktikal seperti kawalan kos, kecekapan R&D dan model jualan.

Kerjasama ini menandakan suatu tahap baharu dicapai dalam kolaborasi AUX bersama Panasonic, dan kedua-dua syarikat ini akan sama-sama mewujudkan ruang yang lebih luas untuk pembangunan dalam pasaran penyaman udara di masa hadapan, menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna dan penghasilan produk berkualiti tinggi.

Kongsi ke: