AUX Menyertai Pesta Canton ke-134 bersama Pelbagai Jenama Lain

16 Okt 2023

Pameran Import dan Eksport China ke-134 (Pameran Canton), yang berfungsi sebagai platform penting bagi perdagangan luar China, telah diadakan pada 15 Oktober di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Pazhou di Guangzhou. Tema Pameran Canton tahun ini ialah "Membawa pembangunan berkualiti tinggi dan menggalakkan keterbukaan peringkat tinggi". Tapak pameran ini adalah seluas 1.55 juta meter persegi dan menempatkan sebanyak 74,000 gerai pameran adalah pameran terbesar yang dianjurkan setakat ini. Aux mempamerkan pelbagai produk di gerai D21-58 di Dewan 4.2.

(Gerai pameran AUX)

Tema pameran AUX kali ini ialah, "Penyongsang pintar menyamankan lagi kediaman anda". Di pameran ini, siri F dan J menekankan rekaan klasik Elegant White model-modelnya, serta ciri-ciri unik seperti bekalan aliran udara jarak jauh dan fungsi pembersihan generasi kelima, yang pasti mewujudkan suasana lebih menyamankan untuk para pengguna. Siri Q kini dilengkapi ciri suara luar talian, kawalan suhu tepat dengan penjimatan tenaga ultra tinggi, serta ciri-ciri lain seperti memori gangguan kuasa, peringatan pembersihan, dan pensterilan suhu tinggi 57 ° C untuk menjadikan ruang kediaman lebih selamat. Terdapat beberapa perubahan model Siri C yang kini dilengkapi rekaan panel yang lebih berkualiti tinggi, dan panel berus laser yang menepati citarasa gaya rumah moden. Tambahan pula, ciri bekalan aliran udara mikroliang yang senyap dan menyamankan lebih menepati keperluan konsep kesihatan moden.

(Gerai pameran AUX meraih perhatian pengunjung.)

(Staf bertugas melayan pelanggan.)

Menjual barangan dan menjemput pelanggan dari seluruh dunia. Sebagai "barometer" dan "balingan angin" perdagangan asing China, penganjuran Pameran Canton bukan sahaja menunjukkan perubahan dalam persekitaran perdagangan asing China malah mencerminkan trend pembangunan corak ekonomi global. Dalam situasi antarabangsa yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah sekarang, AUX berharap dapat menyuntik suatu nafas baharu dalam pembangunan perdagangan asing China serta menyumbang pada pemulihan ekonomi global melalui Pameran Canton tahun ini.

Selain AUX, lebih daripada 28,000 buah syarikat termasuk Haier, Midea, dan TCL juga menyerta pameran ini.

Kongsi ke: